Batu Pahat merupakan sebuah daerah yang terletak di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Ia terletak berhampiran Muar (50km ke Utara) dan juga Kluang (52km ke Timur). Pada tahun 2012, Batu Pahat adalah bandar ke-16 di Malaysia yang sedang pesat membangun. Bagi rakyat Singapura, Batu Pahat dikenali sebagai “syurga membeli belah di Johor Utara”.
ASAL USUL NAMA BATU PAHAT
Terdapat banyak pendapat tentang asal usul nama Batu Pahat. Antaranya ialah:
1. Ia berlaku pada abad ke-15 apabila tentera Siam menyerang tempat batu yang di pahat di Kampung Minyak Beku bagi mendapatkan bekalan air bersih semasa pengunduran mereka.

2. Selepas Portugis menduduki Melaka, dipercayai bahawa batu-batu granit yang digunakan untuk membina Kota A Famosa di ambil dari muara Sungai Batu Pahat. Maka, nama Batu Pahat di ambil dari “batu yang di pahat” di muara sungai itu.
3. Batu Pahat juga di kenali sebagai Bandar Penggaram yang bermaksud bandar pembuat garam. Ini kerana pada suatu masa dahulu, Batu Pahat terkenal dengan ikan masin.
PENGANGKUTAN KE BATU PAHAT
1. Menggunakan kereta
Dengan melalui Lebuhraya Utara-Selatan, anda boleh keluar melalui tol Air Hitam/Yong Peng(jika datang dari arah Selatan) dan melalui tol Tangkak/Pagoh(jika datang dari arah Utara).
Purata masa yang diambil adalah:
Kuala Lumpur – 3.5 jam
Johor Bahru – 2 jam
Singapura – 2.5 jam
KLIA – 3 jam
2. Menggunakan Kereta api
Tiada jaringan kereta api di Batu Pahat. Tetapi anda boleh menggunakan perkhidmatan kereta api dari stesen KTM yang terdekat iaitu Kluang.
3. Menggunakan Bas
Terdapat banyak bas yang menghubungkan antara Pekan, daerah serta bandar-bandar berhampiran di Perhentian Bas Jalan Rugayah.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK
Antaranya ialah:
1. Pantai Minyak Beku
Antaranya ialah:
1. Pantai Minyak Beku

Pantai Minyak Beku ini tidak sesuai untuk aktiviti mandi manda. Ia hanya untuk aktiviti beriadah, memancing dan menghirup udara segar. Ia terletak 8km dari bandar Batu Pahat.
2. Perigi Batu Pahat

3. Tasik Y

4. Wet World Batu Pahat

Pastinya tempat yang sesuai untuk kunjungan seisi keluarga. Antara yang menarik adalah ‘The Wave Pool’ dimana ramai orang setia menanti kehadiran ombak buatan manusia ini.
Wet World ini di di tutup pada setiap hari Selasa kecuali pada cuti umum dan cuti sekolah. Bagi hari biasa, ia di buka dari jam 1 petang hingga 7 petang. Bagi cuti sekolah dan cuti umum, ia di buka seawal 10 pagi hingga 7 petang.
5. Taman Tema Kanak- Kanak (The Summit)
6. Bandar Seramik Ayer Hitam
7. Taman Botani
PUSAT MEMBELI BELAH
Antaranya ialah :
Untuk Penginapan Homestay yang selesa, sila hubungi
Antaranya ialah :
- The Summit
- Square One
- Carrefour
- The Store
- BP Mall
- Pasar Karat, Jalan Fatimah – tempat untuk membeli barang-barang antik
- Benteng – Sangat terkenal dengan Nasi Beriyani Gam Mat Syah. Ia berada berdekatan dengan tebing sungai Batu Pahat dan bertentangan dengan Hospital Pakar Putra.
- BP Walk – 1 kawasan sepanjang Jalan Rahmat yang penuh dengan gerai makan. Menyediakan makanan tempatan dan barat. Dibuka dari jam 6 petang sehingga 1 pagi dan sehingga 3 pagi bagi setiap hari Jumaat dan Sabtu. Antara yang terkenal adalah Sup Power di HSBC Bank, berhadapan dengan Pejabat Pos.
- Mee Bandung Muar – Terkenal dengan mi racun. Juga di kenali sebagai Mee Bandung Odean. Terletak berhadapan dengan Hotel Garden
- Asam Pedas – Antara yang terkenal dengan keenakan asam pedasnya ialah Restoran Ali Asam Pedas yang terletak di Jalan Syahbandar dan Tanjung Labuh.
Untuk Penginapan Homestay yang selesa, sila hubungi
- Pn. Azi (+6019-7566159) / En. Din (+6017-8438272)
No comments:
Post a Comment